Thursday, February 7, 2013

PSY: Cubaan Pembangkang Halang Artis Ini Datang Ke Malaysia | Barisan Nasional

PSY: Cubaan Pembangkang Halang Artis Ini Datang Ke Malaysia | Barisan Nasional


KUALA LUMPUR: Dalam usaha terbaru untuk menghalang kedatangan Psy ke Pulau Pinang, pengguna-pengguna Facebook yang anti-Barisan Nasional telah bertindak dengan meninggalkan mesej-mesej di halaman media sosial tersebut, menyarankan agar Psy tidak datang ke Malaysia.

Malahan ada juga antara mereka yang menggunapakai aplikasi "Google Translate" untuk menterjemah komentar-komentar mereka ke dalam Bahasa Korea.

Namun begitu, Psy (atau nama sebenar beliau Park Jae-sang) dikatakan mempunyai latarbelakang pendidikan di Amerika Syarikat dan mampu bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik.

Psy yang mula menjadi satu fenomena global dengan lagu "Gangnam Style" dijadualkan untuk membuat persembahan di Pulau Pinang pada 11 Februari 2013 bersempena dengan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran BN Pulau Pinang.

Salah satu komen yang dibuat seorang individu bernama Keng Hong berbunyi: “We hope that you will not attend the celebration party held by the Barisan Nasional in Penang, Malaysia in the coming Chinese New Year. (FYI, Barisan Nasional is the current ruling party of Malaysia government.)

"If you come to Malaysia, you will become the political tool and your performance will be politicized by Barisan Nasional. It is a political party which is seriously corrupted and always abuses the power to persecute Malaysians.”

Seorang lagi pengguna FB, Ee Khim Lee pula telah menulis: "dear MR PSY, please do not come to Malaysia perform during Chinese New year.... please help us save our money.... thank you very much..."

Sebuah Laman Facebook "We Malaysians Don't want Psy to perform LIVE in Malaysia" telah dibuka untuk mengumpulkan seberapa banyak sokongan membantah kehadiran Psy ke Malaysia.

Namun begitu ada juga pengguna facebook yang tidak bersetuju dengan sahutan ini malah berpendapat bahawa apa yang dilakukan oleh mereka telah menjatuhkan imej negara di mata dunia.

WO Richard menulis "Hello KIASU eh Malaysians. Why begging a Korean?? You really thought that he can change the GE results?? You ALL (those whom are spamming his wall begging him) sounds so stupid! Making Malaysians LOW CLASS! If you really wanna fight corruptions and whatever said (copy paste) by you. You should start registering yourself to help the needy to promote your whatever party. NOT HERE!
The problem is just next door to your home!! NOT KOREA!! NOT HERE IN FB!! Go fix the problem!! Not here! Bodoh! (Stupid)."

Sebelum ini Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah menyeru agar penyokong-penyokong DAP menghadiri perayaan tersebut dengan memakai pakaian berwarna merah sebagai tanda sokongan kepada kerajaan negeri, warna hijau untuk menyokong pergerakan anti-Lynas sementara warna kuning pula sebagai sokongan kepada Bersih.

Saranan Guan Eng tersebut telah diselar Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyifatkan sebagai satu cubaan halus untuk sabotaj acara tersebut.

Blogger Rocky Bru dalam entri terbaru beliau telah menyatakan bahawa Guan Eng telah membiarkan penyokong-penyokong DAP dan laskar-laskar siber beliau membanjiri laman Facebook Psy dengan pelbagai komen negatif dalam usaha mereka menghalang kedatangan artis itu ke Pulau Pinang.

“Guan Eng had thought that Tony Pua's video ala Psy's Gangnam Style, the one that makes fun of BN and reportedly cost a bit of money to make, was a gem. Now that Psy himself is coming to Penang, that video would be as good as his week-old pang sai!,” ujar Rocky.



Azreen Hani, The Mole