Source: Malaysia Today
Everything that irritates us about others can lead us to an understanding of ourselves - Carl Jung
Monday, October 3, 2016
MAD: acronym for 'Mahathir Accedes Defeat'
When Mahathir insulted (or thought he had insulted) Najib's media team and Boffin Boys on 28th September 2016, he did not realise he was not only praising his competitor but... READ MORE
PKR president slams Sabah lawmakers for jumping ship
(MMO) – PKR president Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail has described as unacceptable the actions of Sabah lawmakers who defected despite winning their seats under her party's banner.... READ MORE
Source: Malaysia Today
Sunday, October 2, 2016
The accountant and the steel magnolias
Are Rafizi, Maria and Cynthia on the same side? Ishmael Lim, Free Malaysia Today The universe is a savage and chaotic place. Any order in a given entity is transient... READ MORE
Source: Malaysia Today
Mahathir's multi-billion ringgit banking Phileo-sophy, part 1
The Third Force "Dr. Mahathir Mohammad's elevator isn't going to stop at the billionaires' floor much longer. Not if we have anything to do with it." – Dato' Y and... READ MORE
Source: Malaysia Today
Seven Sabah DAP leaders quit party
(MMO) – The Sabah DAP leadership has been nearly halved in one fell swoop today as seven out of 16 state committee members announced their exit. Leading the pack is... READ MORE
Source: Malaysia Today
Sara Petra gives professor a lecture on politics and English
Stop teaching young people the wrong thing, says RPK's daughter, telling Prof Awang Azman how a PM is chosen, and about the meaning of the word 'right' (FMT) – A... READ MORE
Source: Malaysia Today
Saturday, October 1, 2016
Sabah chief Lajim set to lead Sabah PKR exit?
(MMO) – Several Sabah PKR leaders are expected to join former vice-president Darell Leiking and resign from the party starting tomorrow, sources familiar with the matter have said. According to... READ MORE
Source: Malaysia Today
Yellow shirt Malays versus red shirt Malays (VIDEO INSIDE)
Bersih's Maria Chin Abdullah says Red Shirts leader caused the fracas, but Jamal says Bersih people started pushing and shoving. (FMT) – The Bersih electoral reform group has posted a video... READ MORE
Source: Malaysia Today
Muslim liberals must speak up, says PKR's Khalid
Islamists have been loudly heard for too long, says analyst, and asks why Muslims are moving to liberal Western countries and not to predominantly-Muslim countries. (FMT) – If Malaysia ever... READ MORE
Source: Malaysia Today
Friday, September 30, 2016
Najib: Muslims in Malaysia not united because of an 'old leader'
(The Star) – The Malay Muslims in Malaysia are not united today because of one "old leader" who split them up into different parties, said Datuk Seri Najib Tun Razak.... READ MORE
Source: Malaysia Today
TMJ should clean up his own backyard first
The Tunku Mahkota Johor needs to look at the elephant in the room, in particular regarding the conduct and behaviour of his Menteri Besar. While it is good that DYAM... READ MORE
Source: Malaysia Today
Thursday, September 29, 2016
Rocky, Big Dog and myth of 'neutrality'
Helen Ang's Blog In his Che Det posting titled 'Propaganda' on Wednesday (Sept 28), Tun Dr Mahathir likened the Najib administration to a Nazi regime and a quartet of the... READ MORE
Source: Malaysia Today
Mahathir Kampf
SeaDemon Says The above was taken from Mahathir's latest blog posting entitled 'Propaganda.' In this posting he likens Najib Razak to being a Nazi with pro-Najib bloggers such as BigDog and... READ MORE
Source: Malaysia Today
Monday, August 31, 2015
Dear Tun M
Dear Tun M,
Malaysia as it is nowadays owes a lot to
you and your visionary leadership. We have grown in leaps and bounds into a
diverse developing nation, envied by our neighbours. There were times when your
decision was met with criticism and backlashes, but you persevere; ensuring
that your policies crystallized into positive outcome.
I am one of your fan. Being an UMNO
member, I always revel in your achievements in leading the party through ups
and downs. Walking down the aisle of history at PWTC, the sight of your picture
gives me goose bumps. Your followers adores you and your peers respected you.
I was one of the hundreds of people on
that fateful day in Alor Star when you announced your resignation from UMNO. It
was a poignant message which reverberated through the halls of Putrajaya. That
defining moment shows how powerful a figure you are, even after retirement.
It was not easy post 1998 as we had to
work hard defending the party after Datuk Seri Anwar Ibrahim started the “Reformasi”
movement. The movement was so strong that you have to use all your power to
subdue it. Rally after rally were organised which strengthened the movement as
days gone by. At that time, your leadership was truly tested and your deputies
stood by you. We all stood by you. Even during those trying years, you shines
like a beacon. An anchor in which the party hold on to so as to remain relevant
and continue the legacy.
Last night, I saw a picture of you among
throngs of people during the Bersih 4 rally. To say that I was shocked would be
an understatement. You have been very critical of our Prime Minister, Datuk
Seri Najib Razak especially in 1MDB issue. But this is really pushing it.
During your time in office, you chastised all rallies by the opposition.
All your political enemies were dealt with the full force of the law. Some of
them were locked up for years under ISA. So, please make me understand, educate
me.
Do we defend our president or just follow your lead?
Labels:
#bersih4,
#bersih4Malaysia,
#bersihrally,
#tunm,
1MDB,
UMNO
Wednesday, July 1, 2015
Cara Yang Betul Untuk Memandu (Mengikut Pemandu Malaysia)
1) Memotong dari sebelah kiri
Memotong kenderaan lain dari bahagian kiri sebenarnya adalah suatu kesalahan di Malaysia tetapi pemandu di Malaysia merasakan ini adalah cara yang paling sempurna. Bukan sahaja ia menjimatkan masa, lorong kanan sentiasa penuh dengan kenderaan lain dan menjadikan lorong kiri kurang sesak.
2) (Sentiasa) memandu di lorong memotong
Lorong memotong atau lorong kenderaan laju adalah lorong paling kanan sekali di Malaysia. Secara teknikalnya, semua kenderaan sepatutnya kekal di lorong kiri jalanraya supaya kenderaan yang lebih laju dapat memotong dengan selamat.
Namun begitu, oleh kerana pemandu di Malaysia adalah satu golongan yang istimewa, mereka merasakan bahawa lorong kanan adalah hak peribadi mereka. Apatah lagi mereka memandu pada had kelajuan yang ditetapkan oleh kerajaan persekutuan.
Pemandu sebegini sering kali menyalakan lampu tin ggi mereka sekiranya kenderaan di hadapan tidak memberi laluan kepada mereka. Keadaan seperti ini seringkali berlaku dan jalan pintas yang diambil adalah memotong di sebelah kiri.
3) Jangan Pedulikan Pemandu Lain
Di dalam kesesakan lalulintas, pemandu harus menjaga kepentingan diri sendiri berbanding pemandu lain. Ini adalah cara orang Malaysia. Jangan harapkan pemndu lain akan memberi lalulan kepada kita malahan bersedia untuk berentap di dalam kesesakan lalulintas kerana pemandu lain akan cuba untuk memintas kita walaupun dalam keadaan sebegini.
4) “Signal” adalah Segalanya
Apabila anda ingin memotong di jalanraya, pastikan anda menggunakan lampu isyarat kenderaan anda. Tidak kira jika anda memasangnya sesaat sebelum anda memotong. “Signal” adalah segalanya di sini. Apabila pemandu lain cuba untuk memarahi anda, hanya beri jawapan yang mudah menggunakan kata-kata magis ini “aku bagi signal tadi!” dan segalanya akan selesai.Tetapi sekiranya anda terlupa untuk memasang isyarat tersebut, tunjukkanlah riak wajah paling garang yang anda mampu lakukan. Lebih garang dan ganas wajah anda, lebih tinggi peluang anda untuk lepas dari masalah ini.
5) Kotak Kuning hanyalah Perhiasan
Kotak Kuning di persimpangan jalan diwujudkan bagi membantu ketika kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut. Dari sehi undang-undang anda tidak boleh berada id atas kotak kuning tersebut dan harus menunggu sehingga jalan di hadapan anda kosong sebelum anda maju ke hadapan. Namun rancangan ini sia-sia kerana pemandu di Malaysia tidak akan sesekali menjatuhkan maruah mereka dengan memberi jalan kepada orang lain, walaupun seinci sekalipun. Maruah adalah segala-galanya buat seorang pemandu di Malaysia.
6) Belajar cara untuk “Cilok”
Cilok adalah satu kemahiran penting yang perlu ada pada semua pemandu di Malaysia. Cilok bermaksud memandu dengan dan memotong di sebelah kanan dan kiri jalanraya seperti sebuah kereta lumba F1. Kemahiran ini amat penting lebih-lebih lagi sekiranya anda sudah lambat dan perlu segera tiba di destinasi yang ditujui. Pemandu lain tidak akan memberi jalan pada anda kerana mereka selesa memandu mengikut formasi yang tersendiri.
7) Memandu secara berkelompok
Anda mungkin tridak menyedari perkara ini tetapi pemandu di Malaysia gemar memandu secara berkelompok di lebuhraya. Pemanduan berkelompok ini akan kelihatan sangat kemas sekiranya dilihat dari dalam sebuah helikopter atau pun pesawat ringan. Malahan, pemandu berpengalaman mampu membuat bentuk-bentuk yang mereka gemari di jalanraya seperti bentuk “V” dan sebagainya. Kreatif! Bukan sahaja itu, teknik pemanduan ini akan memastikan pemandu lain tidak dapat memotong anda dan memberi kepuasan kepada anda.
8) Berhenti kenderaan anda serta merta apabila anda terlibat dalam kemalangan
Anda wajib memberhentikan kenderaan anda serta merta apabila terlibat dengan kemalangan kecil. Tidak kiralah sekiranya anda berada di lorong memotong, di selekoh merbahaya atau di atas jambatan yang sempit. Anda harus segera turun dan periksa kerosakan pada kenderaan anda. Jangan pedulikan kenderaan lain kerana mereka akan mengelak dari anda di jalan. Anda juga disaran agar membawa bersama alat pengunci steering. Sekiranya anda tidak memilikinya, dapatkan satu. Lebih besar, lebih bagus.
Alat pengunci steering ini boleh digunakan untuk menyerang dan sebagai alat untuk menahan dari serangan pihak lawan. Alat tersebut juga boleh digunakan untuk memecahkan cermin kereta kenderaan yang melanggar kereta anda.
Namun begitu pastikan bahawa kenderaan yang melanggar anda tidak dilengkapi dengan kamera “dashcam”. Ini akan mendatangkan malu yang amat besar sekiranya video anda dirakam dan menjadi viral di lama media sosial. Anda juga boleh meminta pertolongan penumpang kenderaan anda untuk merakamkan aksi hebat anda.
9) Berhenti apabila anda nampak sebarang kemalangan
Sikap prihatin rakyat Malaysia sangat terkenal di peringkat antarabangsa. Oleh itu, seringkali dapat kita saksikan di jalanraya apabila berlaku sebarang kemalangan, ramai pemandu yang akan berhenti untuk melihat kemalangan tersebut. Ada yang mengambil gambar tempat kejadian dan ada juga yang cuba mendapatkan butiran peribadi mangsa agar dapat digunakan ketika menikam nombor di pusat nombor ekor. Ilham untuk menikam nombor datang dari pelbagai sumber bergantung kepada keadaan kemalangan tersebut.
10) Lorong Kecemasan Adalah Lorong Tambahan
Sekiranya jalanraya penuh sesak denga kendaeraan, anda dibenarkan untuk menggunakan lorong kecemasan. (Untuk pengetahuan anda, lorong kecemasa adalah lorong paling kiri sekali di mana disedaikan buat pemandu yang mengalami kecemasan khususnya kerosakan padan kenderaan mereka. Tetapi sekiranya anda sudah lambat, ini juga boleh dikategorikan sebagai situasi cemas. Definasi kecemasan adalah sangat luas dan terpulang pada interpretasi anda sendiri). Menggunakan lorong kecemasan adalah hak anda sebagai penguna jalanraya dan sebagai pembayar cukai jalan.

#nkve,
#plushighway,
jpj,
kemalangan,
keselamatan jalanraya,
lebuhraya,
pdrm,
plusline,
spad,
trafik
Monday, January 12, 2015
Tweet Eric Paulsen Provokatif?
Bergegar kembali susur masa Twitter dengan tweet dari seorang peguam Lawyers For Liberty Eric Paulsen. Tweet beliau yang kini sudah dipadam mempertikai JAKIM yang dikata mempromosi fahaman ekstrimis dalam khutbah Jumaat seluruh negara. Ramai yang mempertikaikan tweet tersebut termasuk Y.B Khairy Jamaludidin yang melabel kenyataan tersebut sebagai bodoh.
Namun adakah tweet tersebut berunsur provokatif? Pendapat adalah hak yang diberikan kepada setiap manusia di muka bumi ini. Pendapat dan kata-kata sesorang itu mencerminkan diri mereka dan fahaman mereka tentang sesuatu topik. Pada saya, kebodohan beliau terserlah apabila membuat satu kenyataan pukul rata bagi menyinggung perasaan rakyat beragama Islam.
Salahkah sekiranya reaksi automatis umum mencernakan rasa marah pada Eric Paulsen? Salahkah sekiranya mereka merasa terkesan dengan kenyataan tidak sensitif tersebut? Sebagai seorang yang memegang utuh kebebasan bersuara, adakah suara mereka ini tidak perlu diambil kira? Bukan semua orang boleh hadam persepsi liberal kehidupan yang didukung oleh sesetengah Melayu Islam di Malaysia.
Akhir sekali, siapa anda untuk mempertikaikan khutbah Jumaat? Adakah situasi sama akan berlaku sekiranya seseorang mempertikaikan "Sunday Mass" di gereja sekitar Subang yang dikatakan berunsur politik kebencian?
Tuesday, December 30, 2014
Banjir di Mentakab, Kerdau, Kuala Krau, Mentakab dan Temerloh terburuk sejak 1971
Kelmarin saya dapat jemputan untuk ikuti rombongan bantuan bencana banjir kendalian MOT di bawah Datuk Seri Liow Tiong Lai ke beberapa tempat di Pahang. Tanpa berfikir panjang saya terus bersetuju untuk ikut serta hulurkan bantuan. Apabila saya tengok jadualnya (Setuju dulu baru tengok butiran), perjalanannya agak mencabar rupanya. Persinggahan pertama adalah di Mentakab di mana ada beberapa tempat yang ditenggelami banjir.
Selepas itu kami beserta beberapa orang wakil media bertolak ke Kerdau dan Kuala Kurau menaiki satu trolley train. Saya difahamkan oleh wakil KTM bahawa Kerdau dan Kuala Kurau kini hanya boleh dihubungi dengan landasan keretapi. Sampai sahaja di Kerdau, pasukan bantuan DS tidak menunggu lama untuk turun ke padang berjalan di seluruh pekan Kerdau untuk berjumpa dengan mangsa-mangsa banjir. Keadaan agak terkawal dengan bekalan makanan dan bahan asas mencukupi walaupun sudah seminggu ketiadaan bekalan elektrik dan air.
Kemudian, pasukan kami menaiki trolley train tersebut semula menuju ke Kuala Krau. Pemandangan di sana agak menyedihkan, saya dapat melihat dengan mata saya sendir laluan ke sana terputus dek kerana banjir. Dua stesyen minyak tenggelam dan yang kelihatan hanyalah papan tanda syarikat minyak tersebut. Pekan Kuala Krau agak besar berbanding dengan Kerdau. Boleh dikatakan, pasukan DS telah berjalan di seluruh pekan tersebut berjumpa dan bertanya khabar dengan mangsa banjir. Suasana sedih penuh emosi menyelubungi apabila beberapa kali warga tua yang disapa DS, menangis tanpa silu apabila menceritakan pengalaman banjir mereka.
Dalam perjalanan pulang, kami telah membawa bersama beberapa penduduk Kuala Krau yang sakit untuk mendapatkan rawatan di Mentakab. Perjalanan pulang ke Mentakab menaiki trolley mengambil masa lebih kurang setengah jam. Saya akui pada ketika itu, saya merasa agak terkesan apabila melihat dan mendengar keluhan mangsa banjir di kedua-dua tempat tersebut. Banjir tidak asing dengan saya kerana saya sendiri pernah menjadi mangsa banjir di Alor Star pada tahun 2005 dan 2010. Namun keadaan di sini amat teruk sekali.
Sampai sahaja di Mentakab lebih kurang jam 3 petang, kami semua singgah di Kampung Baru Mentakab, kawasan yang agak teruk dilanda banjir. Sekali lagi saya menyertai pasukan DS untuk berjalan dan berjumpa dengan rakyat tempatan. Teruja saya melihat tenaga dan semangat yang ditunjukkan oleh Datuk Seri untuk turun padang melihat sendiri keadaan banjir.
Perjalan kami diteruskan ke Temerloh. Pada ketika itu saya tidak ada gambaran bagaimana keadaan banjir di sana. Ketika kami tiba di depan Agrobank Temerloh, kelihatan ramai rakyat yang menunggu di sekitar lokasi tersebut. Rupanya lokasi tersebut kini telah menjadi seperti satu jeti "penambang" untuk bergerak ke satu tempat ke tempat yang lain. Temerloh kini dipisahkan dengan air dan sesetengah tempat menjadi seperti pulau-pulau kecil.
Ya Allah, teruknya banjir di Temerloh! Beberapa orang rakyat tempatan yang sempat saya bertanya mengatakan bahawa banjir kali ini adalah setanding dengan banjir besar yang pernah melanda pada tahun 1971. Kebanyakan bangunan di pekan Temerloh telah ditenggelami air lebih kurang sedalam satu tingkat bangunan. Kami menaiki beberapa bot yang disediakan Jabatan Laut untuk meninjau keadaan banjir di pekan Temerloh.
Kami singgah di dua tempat untuk berjumpa mangsa banjir. Bekalan asas di beberapa penempatan sementara banjir di Temerloh juga mencukupi. Berbeza dengan Kerdau dan Kuala Krau, Temerloh masih mempunyai bekalan air bersih. Suasana menjadi sedikit tegang di satu tempat apabila kelihatan seorang pemuda menjerit dan memarahi Datuk Seri. Saya tidak faham apa yang dimarahi kerana beliau bertutur dalam bahasa cina, tetapi apabila saya bertanyakan kepada beberapa orang tempatan, mereka merasakan bahawa ada unsur mainan politik yang cuba dibawa oleh pihak pembangkang ke sana. Wallahualam.
Namun, walaupun di dalam keadaan seperti itu, Datuk Seri tenang mendengar permasalahan mereka untuk dipanjangkan kepada kabinet dan pihak berwajib. Pada ketika itu, sedikit rasa kagum melihat kesabaran dan kecekalan beliau hadapi reaksi berbeza masyarakat yang ditemui. Kembara kami di sana diakhiri di pusat bantuan banjir Persatuan Buddhist Temerloh sebelum menaiki bot kembali menuju ke Agrobank. Pengalaman ini tidak akan dapat saya lupakan seumur hidup. Keperitan mangsa banjir ini tidak akan berakhir walaupun selepas banjir surut. Mereka perlu lebih banyak bantuan untuk bangkit semula dari bencana ini. Kepada Datuk Seri, terima kasih kerana beri peluang kepada saya untuk melihat sendiri penderitaan rakyat yang menjadi mangsa banjir. Semoga mereka tabah hadapi semuanya.

Sunday, December 28, 2014
Banjir 2014 Yang Terburuk Dalam Sejarah Negara? #Banjir2014
Banjir yang kini melanda tujuh negeri di Malaysia disifatkan antara yang terburuk dalam sejarah. Kelantan, Terengganu dan Pahang adalah negeri yang paling teruk dilanda banjir. Fenomena air laut pasang dan kadar hujan yang tinggi menyumbang ke arah tragedi ini. Beberapa tempat di Kelantan seperti Kuala Kerai terputus hubungan dengan dunia luar.
Pengalaman saya sendiri merasa dua banjir besar di Alor Star pada tahun 2005 dan 2010 tidak dapat menandingi apa yang dirasai mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur kini. Pada masa blog ini ditulis, akhbar STAR melaporkan jumlah mangsa yang dipindahkan telah mencecah 120,000 orang. Ramai pihak yang tampil memberi bantuan kepada mangsa, malah rakan-rakan di Twitter antara yang terawal melancarkan kempen bantuan buat mangsa banjir. Syabas diucapkan buat mereka semua.
Kerajaan Persekutuan juga setakat ini telah berjanji untuk membantu semua mangsa-mangsa banjir. Setakat ini, sudah lebih kurang RM550 juta telah diumumkan pihak kerajaan bagi membantu mangsa di negeri-negeri yang teruk dilanda musibah banjir ini. Sumbangan BR1M juga telah dipercepatkan bayarannya dari lewat Januari ke pertengahan Januari. Kementerian Pendidikan pula telah mengumumkan bahawa cuti persekolahan akan dilanjutkan seminggu bagi memberi masa buat mangsa-mangsa banjir bangkit dari bencana ini.
Namun begitu, dalam kekalutan menghadapi bencana ini, ada juga yang ambil kesempatan mendapatkan laba politik dengan memainkan pelbagai cerita. Y.B Lim Kit Siang antara terawal yang melontar dadu politik dengan mengkritik Perdana Menteri yg pada awal kejadian banjir berada di Hawaii, Amerika Syarikat.
Ada juga yang ambil kesempatan menyebarkan cerita-cerita palsu mengenai Tsunami yang bakal melanda serta kadar kematian yang tinggi (beserta gambar) di Pantai Timur. Saya fikir ada segelintir orang yang memang sengaja mahu ambil kesempatan di dalam suasana bencana ini. Tidak kurang juga pihak-pihak yang mengadu domba bagi mendapatkan kelebihan politik di dalam suasana banjir ini.
Saya tidak berada di Pantai Timur atau mana-mana tempat lain yang dilanda banjir. Saya hanya mampu berdoa dan merasa hiba apabila melihat gambar-gambar banjir yang sukar untuk dipercayai. Doa buat anda semua di sana, semoga tabah hadapi dugaan ini.

Tuesday, September 23, 2014
UPSR Serlah Keberanian Muhyiddin
Kejadian kebocoran empat kertas ujian UPSR baru-baru ini amat mengejutkan semua pihak di Malaysia. Namun begitu, amatlah naif sekiranya kita tidak akui bahawa kewujudan isu soalan peperiksaan bocor sebenarnya sudah lama membarah di dalam negara kita. Malahan, ketika saya menduduki peperiksaan SPM pada sekitar tahun 1995, sudah ada cakap-cakap berkenaan kertas soalan bocor.
Tan Sri Muhyiddin selaku Menteri Pendidikan kini berada dalam situasi getir dalam menghadapi kritikan umum mengenai kebocoran ini. Namun, perlu juga diingat, beliau juga punya pilihan untuk menguburkan isu ini sedalam-dalamnya waktu ketika fail ini mula-mula sekali dibawa di atas meja beliau. Sekiranya saya berada di situasi beliau, saya akan teruskan dengan peperiksaan UPSR dan siasat tuduhan tersebut di belakang tabir atau "in camera". Lambat laun, orang ramai akan lupa juga.
Namun, Tan Sri tidak memilih jalan selamat atau jalan pengecut. Beliau memilih untuk menyiasat isu ini sehingga ke akar umbi dan setakat ini sudah 14 orang dipanggil untuk memberi kenyataan. Tidak cukup dengan itu, satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan bagi menyiasat dan menambahbaik prosedur pengendalian kertas peperiksaan di bawah Lembaga Peperiksaan. Komitmen ini haruslah dipandang serius oleh kerana masalah ini harus diselesaikan agar kualiti pentaksiran kementerian tidak lagi dipertikaikan.
Saya berpendapat tindakan tegas yang telah diambil oleh pihak berkuasa terhadap pihak yang membocorkan soalan UPSR ini akan memberi peringatan kepada pihak lain yang berniat untuk berbuat demikian di masa akan datang. Sesetengah pihak mengatakan bahawa tindakan yang diambil terlalu drastik dan kejam. Niat tidak menghalalkan cara. Perlu diingat, di setiap helaian kertas ujian yang dicetak Lembaga Peperiksaan tertera perkataaan "Rahsia Kerajaan". Sesiapa yang membocorkan rahsia ini tidak boleh menyatakan bahawa mereka tidak sedar tentang kesalahan ini. Lagipun, ini adalah amalan perundangan yang tidak menerima pembelaan tidak tahu undang-undang seperti yang jelas diajar orang Latin - "Ignoratia Lex Non Ex Cusat".
Pelbagai isu yang melanda kebelakangan ini membuatkan syahwat politik orang ramai membuak-buak, mencernakan pelbagai konspirasi politik untuk menjatuhkan Tan Sri Muhyiddin. Tidak cukup dengan itu, ramai pihak terutama pihak pembangkang menuntut agar Tan Sri mengundur diri dan melepaskan jawatan beliau sebagai Menteri Pendidikan. Oleh itu, tidak mengejutkan apabila kem Tan Sri menggunakan perkataan "sabotaj" dan "konspirasi"secara borong apabila memberi komen tentang isu UPSR.
Namun begitu, seseorang pemimpin itu akan diuji apabila dilanda sebarang isu besar. Datuk Seri Hishamuddin Hussein mendapat markah cemerlang ketika mengendalikan tragedi MH370 setelah agak tenggelam ketika menangani isu Lahad Datu. Mungkin isu UPSR akan menjadi satu penanda aras bagi mengukur kebijaksanaan Tan Sri Muhyiddin dalam mengendalikan sesuatu isu berskala nasional. Setakat ini, beliau membawa "carry marks" yang mencukupi. Setakat ini.
Gambar: Wikipedia
Subscribe to:
Posts (Atom)