Everything that irritates us about others can lead us to an understanding of ourselves - Carl Jung
Monday, March 10, 2014
Sunday, March 9, 2014
10 Statement Paling Bangang Mengenai #MH370
Tragedi yang menimpa penerbangan Malaysia Airlines #MH370 sudah masuk hari ketiga. Pihak berkuasa tempatan dan antarabangsa masih bertungkus lumus mencari dan menyelamatkan pesawat tersebut. Namun begitu, ramai di antara kita yg tidak sensitif terhadap permasalahan yg melanda negara ketika ini. Pelbagai komentar negatif telah dibuat dan di sini saya senaraikan di antara komentar-komentar tersebut:
Seorang "attention-seeker" yang telah menggunakan gambar ini untuk membuat akaun Twitter palsu untuk meraih simpati. Menyatakan bahawa ibu beliau berada di dalam MH370. Akaun twitter @jasminejohari sudah ditutup.
Tidak mengejutkan DS Anwar Ibrahim mengakui keefisyenan badan kehakiman negara di dalam menyelesaikan kes beliau.
Just plain stupid
Sudah menutup akaun Twitter beliau. Sungguh biadap!
Zed Zaidi, really?
MAS juga telah bertahun lamanya membawa rakyat Malaysia menunaikan Haji dan Umrah.
Tidak dapat membezakan politik dan kepentingan awam.
No wonder he is still single!
Its not funny, really.
Kesimpulannya, jadilah rakyat yang punya perasaan empati dan sensitif terhadap keluarga mangsa #MH370. Ayuh bersama kita doakan semoga pasukan penyelamat dapat mencari pesawat #MH370.
Monday, May 20, 2013
Tentang Facebook Dan Politik
Facebook telah terbukti menjadi satu wacana yang berbisa sepanjang Pilihan Raya ke 13 baru-baru ini (PRU13). Tetapi saya tidak mahu bicara mengenai politik dan siapa menang atau kalah. Satu aspek yang ingin saya utarakan di sini ialah penggunaan akaun Facebook kita untuk tujuan politik.
Setiap orang yang mempunyai akaun Facebook mempunyai cara tersendiri tentang bagaimana akaun mereka dikendalikan ketika PRU13. Ada yang lantang bersuara berkempen untuk parti pilihan masing-masing dan ada juga yang bersikap berdiam diri. Walaupun saya mempunyai minat di dalam politik, bercakap berkenaannya di Facebook terasa sedikit janggal.
Saya perlu menghormati juga rakan-rakan dan keluarga yang tidak sealiran dengan saya. Apatah lagi banyak perkara di dalam Facebook yang kadang kala boleh menimbulkan perbalahan. Oleh itu kalau saya berasa bersemangat hendak berhujah politik, saya berkunjung ke "Page" atau "Group" yang memang sudah jelas berunsur Politik. Oleh itu, susurmasa Facebook saya tidaklah telampau padat dengan unsur politik.
Fikir sendiri, adakah rakan-rakan anda suka membaca "posting" politik keterlaluan sampaikan setiap kali membuka susurmasa, ada sahaja isu politik? Tidak kira anda BN atau PR, cukup-cukuplah politiknya ya.
P/S: Saya suka layan politik di Twitter!
Thursday, May 16, 2013
Restoran Mamak menyatukan kita?
Satu perkara yang kadang-kadang saya tidak faham ialah kenapa restoran mamak begitu digemari oleh seluruh rakyat Malaysia. Tidak kira tua atau muda, melayu atau cina; restoran mamak cukup sinonim di seantero negara. Harga mahal, kualiti makanan yang kadangkala "substandard" tidak menjadi halangan buat rakyat untuk memenuhi restoran mamak siang dan malam.
Mungkin ini yang dikatakan semangat 1Malaysia seperti yang dibawa oleh pihak kerajaan. Satu tempat yang mana sesiapa sahaja tidak akan merasa kekok dilihat bersama rakan dan taulan. Namun Restoran Mamak mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan sering menjadi titik pertemuan masyarakat di seluruh Malaysia. Ini kemungkinan merupakan satu contoh terbaik integrasi kaum yang berjaya dalam negara.
Jika makanan boleh satukan kita, apatah lagi perkara-perkara lain?
@zulazry
Mengapa "Red Bean Army" begitu berani sekali? #TolakPR #black505
Media Sosial jelas terus menjadi senjata ampuh Pakatan Rakyat di dalam menjana sokongan di dalam PRU13 baru-baru ini. Facebook, Twitter, Youtube, Instagram dan Blog terus jadi platform PR untuk menyebar dakyah mereka kepada rakyat. Barisan Nasional jelas agak terbelakang walaupun kehadiran mereka kian dirasai di alam maya. Namun pendedahan tentang kewujudan "Red Bean Army" (RBA) oleh salah seorang bekas orang kuat DAP jelas menunjukkan gerak kerja tersusun mereka selama ini. Sebenarnya tidak ada apa yang salah, tetapi penyebaran fitnah demi fitnah oleh RBA terhadap kerajaan Barisan Nasional amatlah dikesali.
Persoalannya sekarang: Mengapa RBA ini begitu berani sekali? RBA ini terdiri daripada pengendali akaun-akaun Facebook dan Twitter yang menggunakan nama samaran. Pelbagai watak yang dicipta mereka dan gerakan mereka mungkin sukar dikesan pada awalnya. Dalam Facebook berbahasa Melayu dan Bahasa Inggeris tidak ketara sangat kewujudan mereka. Serangan paling ganas berlaku di dalam Facebook berbahasa Cina. Kata-kata kesat menjadi sajian RBA buat sesiapa yang tidak menyokong PR.
Seorang sahabat saya berbangsa Cina menyatakan bahawa sesiapa yang tidak menyokong Pakatan Rakyat akan diherdik dengan kata-kata kesat di dalam Facebook. Malahan anak saudara beliau yang masih bersekolah rendah telah dipaksa rakan beliau untuk menggunakan "avatar" hitam sebagai tanda sokongan kepada PR. Kerajaan harus ambil tindakan tegas kepada penyebar-penyebar fitnah ini yang kian menjadi-jadi khususnya semasa kemuncak PRU13 baru-baru ini.
Fitnah terbaru tentang kenaikan harga roti Gardenia juga pantas disebar oleh pasukan RBA ini sehinggakan seluruh rakyat seolah terpedaya. Baca di sini Tidak mengejutkan pihak PR lantang menentang pelaksanaan S.114A Akta Keterangan. Akta yang akan beri kuasa kepada kerajaan untuk mendakwa penyebar fitnah walaupun mereka menggunakan akaun samaran.
Tidak mustahil pasukan RBA ini diberi dana yang tinggi serta dijamin keselamatan mereka oleh pasukan Peguam handalan Pakatan Rakyat. Mereka tidak berprinsip dan tidak peduli samada fakta yang dihebahkan tersebut benar atau sebaliknya. Sudah tiba masanya agar ruang legar alam maya ini dikawal selia oleh pihak kerajaan dengan lebih teliti. Jangan biarkan penyebar-penyebar fitnah ini bermaharajalela dan menghancurkan masa depan negara.
@zulazry
P/S: Barisan Nasional harus gandakan usaha bagi memerangi RBA
Ketegasan Zahid Hamidi Bakal Perkasakan Kementerian Dalam Negeri
Pelantikan Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai Menteri Dalam Negeri ternyata amat dialu-alukan oleh semua rakyat di Malaysia. Ketegasan dan sikap "no-nonsense" beliau begitu ketara apatah lagi ketika kemuncak peristiwa pencerobohan Geng Kiram. Pada ketika itu Mantan beliau dilihat seolah terlampau berlembut dengan penceroboh tersebut dan akibatnya 10 orang wira negara telah gugur. Apa pun setiap pemimpin mempunyai pendekatan tersendiri dan yang penting krisis tersebut kini telah berakhir.
Namun begitu, tugas yang lebih penting kini menanti beliau khususnya berkenaan situasi pasca Pilihan Raya ke 13 ini. Demonstrasi demi demonstrasi yang dijalankan Pakatan Rakyat di seluruh negara semakin menguji kesabaran pihak kerajaan. Rakyat juga rasa amat marah kerana kumpulan ini dilihat seolah diberi laluan bebas untuk berhimpun dan melakukan apa sahaja.
Ramai yang mempersoalkan "leeway" yang diberikan pihak Polis Diraja Malaysia kepada pihak Pakatan Rakyat untuk membuat perhimpunan. Ada yang mempersoalkan kenapa mereka seolah diberi lesen besar untuk menghasut rakyat untuk memberontak. Anwar Ibrahim sebagai Pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat seharusnya menenangkan penyokong-penyokong beliau dan ambil saluran undang-undang untuk membantah. Namun beliau lantang menempelak SPR dan juga kerajaan. Hishamuddin Rais sebagai contoh telah beberapa kali dilaporkan akan membawa rakyat menentang kerajaan di jalanan.
Datuk Seri Zahid Hamid harus segera duduk bersama Ketua Polis yang baru untuk menyiasat dan seterusnya mengambil tindakan terhadap pimpinan Pakatan Rakyat. Gerakan #black505 dilihat sebagai satu platform buat Anwar Ibrahim untuk mencabar kesahan kerajaan baru pimpinan Barisan Nasional. Suara-suara "Malaysian Spring" semakin kedengaran di dalam lama-laman Facebook serta Twitter. Kementerian Dalam Negeri harus ambil tindakan proaktif bagi memastikan kestabilan sosio-ekonomi negara.
Satu ruang yang perlu diberi penekanan khusus adalah aspek pemerhatian media sosial. Banyak lagi yang perlu dilakukan oleh pihak berkuasa bagi menangkis serangan alam maya yang dilihat kini semakin menjadi-jadi. Menyebarkan fitnah dengan sewenang-wenangnya terhadap kerajaan dan menghasut rakyat agar menentang kerajaan.
Terbaru, Datuk Seri Zahid Hamidi dilaporkan berkata bahawa sesiapa yang tidak puas hati dengan sistem politik negara harus berhijrah ke luar negara. Baca di sini. Ketegasan sebegini amat dinantikan oleh rakyat yang kian muak dengan politik tanpa had Anwar Ibrahim dan sekutu-kutunya.
@zulazry
P/S: Masih menanti pengumuman nama 3 orang pemimpin pembangkang yang dikatakan terlibat dengan pencerobohan Geng Kiram
Subscribe to:
Posts (Atom)
















