Siapa sangka pemberian Bantuan
Rakyat 1Malaysia (BR1M) kini menjadi satu polemik yang semakin panas dan
kontroversi. Ini semua gara-gara kenyataan sinis yang dikeluarkan oleh Mursyidul
Am PAS Dato Nik Aziz Nik Mat yang memberikan gambaran seolah pemberian (BR1M)
ini adalah seperti memberi haiwan ternakan makan dengan niat untuk kemudian
hari menyembelihnya. Kenyataan pelik ini kemudiannya disusuli oleh kenyataan
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bukan sahaja mengelar penerima
BR1M sebagi bodoh tetapi menyamakan pemberiannya sebagai satu tindakan persis
di zaman Firaun Laknatullah.
Persoalannya kenapa
sekarang ditimbulkan segala ini?Kenapa tidak dikomen ketika mula-mula BR1M
diperkenalkan bagi membantu mengurangkan beban rakyat yang kurang kemampuan?
Penyokong tegar PAS menjelaskan bahawa kenyataan Nik Aziz ini adalah bersifat
metafora dan telah disalah tafsirkan oleh media
massa. Namun setelah mendengar dan membaca beberapa kali kenyataan
tersebut saya gagal untuk melihat di mana letaknya unsur metafora yang
dimaksudkan tersebut.
Satu ketika dahulu Tun M pernah
diselar oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat setelah beliau memetik satu
peribahasa Inggeris berikut “better the devil you know than the angel you
don’t”. Jelas ini adalah satu peribahasa yang memberi maksud secara metafora
tentang sesuatu perkara tersebut. Apakah pula metafora di sebalik kenyataan
TGNA? Menyatakan bahawa rakyat yang menerima bantuan BR1M sebagai bodoh dan
mudah terpedaya?
Saya berpendapat bahawa kenyataan
ini adalah berunsur nakal dan cemerkap oleh seorang ahli politik yang
sepatutnya mempunyai pengalaman yang lama di di dalam arena politik Negara. Acapkali diwar-warkan oleh media massa sikap
berlumba-lumba parti politik dari pihak kerajaan dan juga pembangkang untuk
memberi bantuan kepada rakyat jelata. Malahan di dalam Manifesto Rakyat yang
dikeluarkan oleh Pakatan Rakyat baru-baru ini, banyak cadangan bantuan wang
ringgit telah dimasukkan sebagai janji mereka kiranya berkuasa kelak.
Sebagai contoh Pakatan Rakyat
telah berjanji untuk mencarum sejumlah RM50-00 sebulan buat semua isteri-isteri
bagi menjaga kebajikan wanita dan RM1,000-00 setahun pula buat semua warga
emas. Alangkah indahnya dunia seperti yang digambarkan oleh Pakatan Rakyat ini.
Tetapi apabila merujuk kembali kepada komen TGNA dan Hadi Awang terhadap
bantuan BR1M, tidakkah ini kelihatan seperti “paku dulang paku serpih, kata
orang dia yang lebih?”
Kemuncaknya, Timbalan Perdana
Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula hari ini mencabar Presiden Pas, Datuk
Seri Abdul Hadi Awang untuk mengeluarkan fatwa mengharamkan pemberian Bantuan
Rakyat 1Malaysia (BR1M). Ini adalah disebabkan oleh kenyataan Datuk Seri Abdul
Hadi Awang yang menyatakan bahawa pemberian BR1M adalah amalan Firaun.
"Jika mereka tidak haramkan, ini bermakna apa yang
dilakukan oleh kerajaan ini adalah kerja amal dan untuk membantu rakyat supaya
lebih sejahtera, bahagia, dan boleh gunakan bantuan itu untuk menguruskan
keperluan keluarga mereka” ujar Tan Sri Muhyiddin.
Kesimpulannya, rakyat perlu
menilai sendiri bantuan-bantuan kerajaan yang diberikan bagi mengurangkan beban
mereka. Tidak semestinya penerimaan BR1M ini adalah sebagai bukti tanda aras
sokongan rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional. Malahan kerajaan Barisan Nasional masih punya
perjalanan yang panjang bagi meyakinkan keseluruhan rakyat agar menerima
polisi-polisi mereka. Apa yang jelas Rakyat gembira dan berterima kasih di atas
pemberian BR1M tersebut. Jika ada niat tersembunyi pihak Kerajaan, hanya Tuhan
yang maha mengetahui.
@zulazry
P/S: Telah disiarkan di dalam laman web Barisan Nasional
No comments:
Post a Comment