Pelantikan Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai Menteri Dalam Negeri ternyata amat dialu-alukan oleh semua rakyat di Malaysia. Ketegasan dan sikap "no-nonsense" beliau begitu ketara apatah lagi ketika kemuncak peristiwa pencerobohan Geng Kiram. Pada ketika itu Mantan beliau dilihat seolah terlampau berlembut dengan penceroboh tersebut dan akibatnya 10 orang wira negara telah gugur. Apa pun setiap pemimpin mempunyai pendekatan tersendiri dan yang penting krisis tersebut kini telah berakhir.
Namun begitu, tugas yang lebih penting kini menanti beliau khususnya berkenaan situasi pasca Pilihan Raya ke 13 ini. Demonstrasi demi demonstrasi yang dijalankan Pakatan Rakyat di seluruh negara semakin menguji kesabaran pihak kerajaan. Rakyat juga rasa amat marah kerana kumpulan ini dilihat seolah diberi laluan bebas untuk berhimpun dan melakukan apa sahaja.
Ramai yang mempersoalkan "leeway" yang diberikan pihak Polis Diraja Malaysia kepada pihak Pakatan Rakyat untuk membuat perhimpunan. Ada yang mempersoalkan kenapa mereka seolah diberi lesen besar untuk menghasut rakyat untuk memberontak. Anwar Ibrahim sebagai Pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat seharusnya menenangkan penyokong-penyokong beliau dan ambil saluran undang-undang untuk membantah. Namun beliau lantang menempelak SPR dan juga kerajaan. Hishamuddin Rais sebagai contoh telah beberapa kali dilaporkan akan membawa rakyat menentang kerajaan di jalanan.
Datuk Seri Zahid Hamid harus segera duduk bersama Ketua Polis yang baru untuk menyiasat dan seterusnya mengambil tindakan terhadap pimpinan Pakatan Rakyat. Gerakan #black505 dilihat sebagai satu platform buat Anwar Ibrahim untuk mencabar kesahan kerajaan baru pimpinan Barisan Nasional. Suara-suara "Malaysian Spring" semakin kedengaran di dalam lama-laman Facebook serta Twitter. Kementerian Dalam Negeri harus ambil tindakan proaktif bagi memastikan kestabilan sosio-ekonomi negara.
Satu ruang yang perlu diberi penekanan khusus adalah aspek pemerhatian media sosial. Banyak lagi yang perlu dilakukan oleh pihak berkuasa bagi menangkis serangan alam maya yang dilihat kini semakin menjadi-jadi. Menyebarkan fitnah dengan sewenang-wenangnya terhadap kerajaan dan menghasut rakyat agar menentang kerajaan.
Terbaru, Datuk Seri Zahid Hamidi dilaporkan berkata bahawa sesiapa yang tidak puas hati dengan sistem politik negara harus berhijrah ke luar negara. Baca di sini. Ketegasan sebegini amat dinantikan oleh rakyat yang kian muak dengan politik tanpa had Anwar Ibrahim dan sekutu-kutunya.
@zulazry
P/S: Masih menanti pengumuman nama 3 orang pemimpin pembangkang yang dikatakan terlibat dengan pencerobohan Geng Kiram
No comments:
Post a Comment