Saya berkesempatan bersembang dengan orang kampung masa balik Alor Star tempoh hari. Seperti biasa topik politik masih jadi perbualan hangat apatah lagi dengan kemenangan Barisan Nasional di Kedah. Saya berbual dengan Pak Umar "Misai", seorang orang lama di Pekan Langgar. Antara perkara yang tarik perhatian saya ketika berbual dengan beliau ialah, betapa majoriti rakyat Kedah tidak kira dari BN atau PR menyenangi Menteri Besar baru Kedah, Dato Paduka Mukhriz Mahathir.
Seperkara yang dikesali oleh golongan akar umbi ialah sikap bermuka-muka yang diambil oleh pihak Pakatan Rakyat berkenaan dengan keputusan PRU13 ini. Pakatan Rakyat seolah mempermainkan sistem demokrasi negara apabila membantah keputusan PRU13 dengan melancarkan demonstrasi besar-besaran di seluruh negara. Namun begitu tidak pula membantah keputusan di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. Orang ramai sudah semakin muak dengan jenama politik yang dibawa oleh Anwar Ibrahim! Klasik Orwellian!
Hishamudin Rais baru-baru ini berkata bahawa mereka membantah keputusan di 30 kerusi yang Pakatan Rakyat kalah. Tidakkah ini persis sikap "sore losers" yang tidak dapat menerima hakikat bahawa Pakatan Rakyat masih belum berjaya memecah dominasi Barisan Nasional? Tidak ada satu pun bukti kukuh yang dikemukakan sehingga kini tentang tuduhan PR bahawa PRU13 ini kotor. Hanya tohmahan"standard" yang dilagukan tiap kali Pilihan Raya diadakan.
Seolah menjangka kekalahan mereka, gerakan membantah keputusan ini dilihat agak terancang di seluruh negara. Dalam tempoh tidak sampai dua minggu, Anwar Ibrahim seperti biasa berjaya mentarbiyah pengikut-pengikut beliau agar membantah keputusan pilihanraya. Malah bantahan jalanan juga menjadi salah satu pilihan mereka andai kata itu sahaja jalan yang ada. Bukankah PR punya barisan peguam yang handal-handal belaka. Buatlah persediaan jitu untuk memfailkan petisyen pilihanraya.
Lagi satu, majlis kesyukuran pun nak buat ke kalau bantah beria-ria?
@zulazry
P/S: Ikutlah nasihat Dr.Maza ni
No comments:
Post a Comment