Media Sosial jelas terus menjadi senjata ampuh Pakatan Rakyat di dalam menjana sokongan di dalam PRU13 baru-baru ini. Facebook, Twitter, Youtube, Instagram dan Blog terus jadi platform PR untuk menyebar dakyah mereka kepada rakyat. Barisan Nasional jelas agak terbelakang walaupun kehadiran mereka kian dirasai di alam maya. Namun pendedahan tentang kewujudan "Red Bean Army" (RBA) oleh salah seorang bekas orang kuat DAP jelas menunjukkan gerak kerja tersusun mereka selama ini. Sebenarnya tidak ada apa yang salah, tetapi penyebaran fitnah demi fitnah oleh RBA terhadap kerajaan Barisan Nasional amatlah dikesali.
Persoalannya sekarang: Mengapa RBA ini begitu berani sekali? RBA ini terdiri daripada pengendali akaun-akaun Facebook dan Twitter yang menggunakan nama samaran. Pelbagai watak yang dicipta mereka dan gerakan mereka mungkin sukar dikesan pada awalnya. Dalam Facebook berbahasa Melayu dan Bahasa Inggeris tidak ketara sangat kewujudan mereka. Serangan paling ganas berlaku di dalam Facebook berbahasa Cina. Kata-kata kesat menjadi sajian RBA buat sesiapa yang tidak menyokong PR.
Seorang sahabat saya berbangsa Cina menyatakan bahawa sesiapa yang tidak menyokong Pakatan Rakyat akan diherdik dengan kata-kata kesat di dalam Facebook. Malahan anak saudara beliau yang masih bersekolah rendah telah dipaksa rakan beliau untuk menggunakan "avatar" hitam sebagai tanda sokongan kepada PR. Kerajaan harus ambil tindakan tegas kepada penyebar-penyebar fitnah ini yang kian menjadi-jadi khususnya semasa kemuncak PRU13 baru-baru ini.
Fitnah terbaru tentang kenaikan harga roti Gardenia juga pantas disebar oleh pasukan RBA ini sehinggakan seluruh rakyat seolah terpedaya. Baca di sini Tidak mengejutkan pihak PR lantang menentang pelaksanaan S.114A Akta Keterangan. Akta yang akan beri kuasa kepada kerajaan untuk mendakwa penyebar fitnah walaupun mereka menggunakan akaun samaran.
Tidak mustahil pasukan RBA ini diberi dana yang tinggi serta dijamin keselamatan mereka oleh pasukan Peguam handalan Pakatan Rakyat. Mereka tidak berprinsip dan tidak peduli samada fakta yang dihebahkan tersebut benar atau sebaliknya. Sudah tiba masanya agar ruang legar alam maya ini dikawal selia oleh pihak kerajaan dengan lebih teliti. Jangan biarkan penyebar-penyebar fitnah ini bermaharajalela dan menghancurkan masa depan negara.
@zulazry
P/S: Barisan Nasional harus gandakan usaha bagi memerangi RBA
No comments:
Post a Comment