Satu perkara yang kadang-kadang saya tidak faham ialah kenapa restoran mamak begitu digemari oleh seluruh rakyat Malaysia. Tidak kira tua atau muda, melayu atau cina; restoran mamak cukup sinonim di seantero negara. Harga mahal, kualiti makanan yang kadangkala "substandard" tidak menjadi halangan buat rakyat untuk memenuhi restoran mamak siang dan malam.
Mungkin ini yang dikatakan semangat 1Malaysia seperti yang dibawa oleh pihak kerajaan. Satu tempat yang mana sesiapa sahaja tidak akan merasa kekok dilihat bersama rakan dan taulan. Namun Restoran Mamak mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan sering menjadi titik pertemuan masyarakat di seluruh Malaysia. Ini kemungkinan merupakan satu contoh terbaik integrasi kaum yang berjaya dalam negara.
Jika makanan boleh satukan kita, apatah lagi perkara-perkara lain?
@zulazry
saya setuju. walaupun ada kala topik perbincangan nya agak hambar dan tidak berarah, tp ianya salah satu homong yang mampu meningkatkan produktiviti dan kecergasan minda. konsep santai harus diteruskan.
ReplyDeletehomong eh! hahah..thanx bro
Delete