Monday, January 12, 2015

Tweet Eric Paulsen Provokatif?





Bergegar kembali susur masa Twitter dengan tweet dari seorang peguam Lawyers For Liberty Eric Paulsen. Tweet beliau yang kini sudah dipadam mempertikai JAKIM yang dikata mempromosi fahaman ekstrimis dalam khutbah Jumaat seluruh  negara. Ramai yang mempertikaikan tweet tersebut termasuk Y.B Khairy Jamaludidin yang melabel kenyataan tersebut sebagai bodoh.

Namun adakah tweet tersebut berunsur provokatif? Pendapat adalah hak yang diberikan kepada setiap manusia di muka bumi ini. Pendapat dan kata-kata sesorang itu mencerminkan diri mereka dan fahaman mereka tentang sesuatu topik. Pada saya, kebodohan beliau terserlah apabila membuat satu kenyataan pukul rata bagi menyinggung perasaan rakyat beragama Islam.

Salahkah sekiranya reaksi automatis umum mencernakan rasa marah pada Eric Paulsen? Salahkah sekiranya mereka merasa terkesan dengan kenyataan tidak sensitif tersebut? Sebagai seorang yang memegang utuh kebebasan bersuara, adakah suara mereka ini tidak perlu diambil kira? Bukan semua orang boleh hadam persepsi liberal kehidupan yang didukung oleh sesetengah Melayu Islam di Malaysia.

Akhir sekali, siapa anda untuk mempertikaikan khutbah Jumaat? Adakah situasi sama akan berlaku sekiranya seseorang mempertikaikan "Sunday Mass" di gereja sekitar Subang yang dikatakan berunsur politik kebencian?





No comments:

Post a Comment